Resepi Ayam Goreng Cili Padi simple

AYAM GORENG CILI PADI
Kali ini kita cuba resepi mudah lagi simple. Bosan jugak asyik masak ayam masak tomyam, sup. Jum tengok resepi mudah.


Bahan-bahan:
A.
  •          5 Ketul ayam
  •          1 sk Serbuk kunyit
  • ·        Garam secubit rasa

B.
  •         1 bawang besar
  •         3 biji bawang merah
  •          5 ulas bawang putih
  •      20 biji cili padi ( saya guna cili padi kampong. Kurang pedas)
  •         3 batang Serai ( titik sahaja)
  •         ½ inci halia

Cara-cara:
1. Gaul ayam, serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak. Ketepikan. 

2. Kisar kasar Bahan B kecuali serai.
3. Kemudian panaskan minyak. Minyak agak-agak untuk menumis bahan yang dikisar tadi. Tumis bahan yang dikisar bersama serai yang sudah dititik. Perasakan dengan sedikit garam.
4. Masukkan ayam bila bahan ditumis sudah garing dan pecah minyak. Gaul rata.
5. Siap dan boleh dihidang.

Tips: Nak masam-masam perasakan dengan perahan lemon.
        Sesuai untuk sesiapa yang sedang diet Atkin fasa 4


SELAMAT MENCUBA!

Comments

Popular posts from this blog

feedback customer #brownieskoi