Posts

Showing posts from 2017

RESEPI AYAM MASAK KICAP simple

Image
AYAM MASAK KICAP BY NAIMAH HARUN Sebab kawan baik saya terlalu baik nak kongsi resepi hari ni, makanya saya cuba kongsikan dengan anda semua. Macam biasa, simple- simple untuk anak-anak dara yang baru nak berjinak-jinak belajar memasak. Bahan-bahan: ·          Ayam ·          Bawang besar (mayang) ·          Bawang putih ( ketuk) ·          Halia ( hiris halus-halus ye dik) ·          Cili padi Cara-cara:        Perap ayam bersama kunyit dan secubit garam. Goreng keemasan atau separa masak.        Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau.         Masukkan kicap dan air. Biarkan sehingga mendidih kemudian masukkan cili padi.        Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.        Masukkan ayam dan SIAP!! Tips: Boleh masukkan kentang dan lada besar untuk menambah rasa. SELAMAT MENCUBA!! 

Resepi Ayam Goreng Cili Padi simple

Image
AYAM GORENG CILI PADI Kali ini kita cuba resepi mudah lagi simple. Bosan jugak asyik masak ayam masak tomyam, sup. Jum tengok resepi mudah. Bahan-bahan: A.           5 Ketul ayam           1 sk Serbuk kunyit ·          Garam secubit rasa B.          1 bawang besar          3 biji bawang merah           5 ulas bawang putih       20 biji cili padi ( saya guna cili padi kampong. Kurang pedas)          3 batang Serai ( titik sahaja)          ½ inci halia Cara-cara: 1. Gaul ayam, serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak. Ketepikan.  2. Kisar kasar Bahan B kecuali serai. 3. Kemudian panaskan minyak. Minyak agak-agak untuk menumis bahan yang dikisar tadi. Tumis bahan yang dikisar bersama serai yang sudah dititik. Perasakan dengan sedikit garam. 4. Masukkan ayam bila bahan ditumis sudah garing dan pecah minyak. Gaul rata. 5. Siap dan boleh dihidang. Tips: Nak masam-masam perasakan dengan perahan lemon.         Sesuai untuk ses